Dua Kumpulan Parti Politik Bergaduh Di Sungai Besar?

TULAR:
645

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa dua kumpulan parti politik telah bergaduh sesama sendiri di Jalan Dewan, Sungai Besar, Selangor, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian pergaduhan tersebut hanya hanyalah latihan persediaan menghadapi PRU14 akan datang.

Menurutnya lagi, Polis Selangor telah melaksanakan lima fasa latih amal sebagai persediaan sebelum PRU14. “Latih amal ini dijalankan serentak di seluruh negara melibatkan semua elemen dan aset PDRM selaras dengan arahan pucuk pimpinan.

“Semua lima fasa itu meliputi fasa pertama iaitu pembubaran Parlimen, manakala fasa kedua pula penamaan calon dan fasa ketiga tempoh berkempen, perlaksanaan fasa keempat ialah semasa hari mengundi dan penjumlahan undi dan fasa kelima pula iaitu pasca pilihan raya.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI