IMAMS Dibatalkan Kerana Pengendali Program Bukan Muslim?

TULAR:
590

PENJELASAN:

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) memperjelaskan dakwaan bahawa Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) telah dibatalkan ekoran pengendali syarikat tersebut merupakan seorang bukan Islam.

Sumber gambar: Kosmo.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan bahawa pembatalan IMAMS tiada kaitan dengan bukan Islam sebagai pengendalinya.

Katanya, walaupun sistem berkenaan dikendalikan oleh bukan Islam, utusan umrah tidak akan terancam. Sebaliknya, beliau mendakwa pembatalan itu disebabkan pelaksanaan IMAMS ‘berbeza’ daripada apa yang beliau diberitahu dan apa yang beliau maklumkan kepada Kabinet.

“Ia disebabkan berbeza daripada apa yang saya maklumkan kepada Kabinet. Yuran sepatutnya RM40, termasuk insurans dan proses. Jadi, saya membatalkannya.”

SUMBER : 

MStar

Utusan Malaysia

Astro Awani

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI