Lembaga Zakat Selangor Lewat Salurkan Bantuan Kewangan Bagi Bulan Ogos 2018?

TULAR:
2040

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan satu kiriman bahawa Lembaga Zakat Selangor lewat dalam menyalurkan bantuan kewangan kepada asnaf fakir dan miskin bagi bulan Ogos 2018.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Zakat Selangor menafikan kenyataan tersebut. Setelah semakan dan siasatan terhadap nama asnaf yang diberikan didapati bantuan bulanan telah dikreditkan ke akaun bank asnaf tersebut pada 21 Ogos lepas.

Untuk makluman, Zakat Selangor menyalurkan bantuan kewangan bulanan kepada asnaf fakir dan miskin di Selangor melalui dua kaedah iaitu secara kredit ke akaun bank atau melalui tunai.

Bantuan bulanan ini yang dikreditkan ke akaun bank oleh Zakat Selangor antara 21hb-25hb setiap bulan. Sehingga kini seramai 24,319 keluarga asnaf fakir, miskin dan muallaf telah disantuni dengan bantuan kewangan bulanan berjumlah RM111, 001, 600.

SUMBER:

Facebook Rasmi Lembaga Zakat Selangor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI