Pembaharuan Lesen Memandu Di MyKAD Diberhentikan Selepas 17 September 2018?

TULAR:
1663

PENJELASAN:

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa penggunaan sistem maklumat pemegang lesen memandu di dalam peranti elektronik kad pengenalan (myKAD) bagi menggantikan penggunaan kad fizikal Lesen Memandu Malaysia (LMM) tidak akan diteruskan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

Dimaklumkan JPJ telah membuat keputusan supaya penggunaan sistem maklumat pemegang lesen memandu di dalam peranti elektronik kad pengenalan (myKAD) bagi menggantikan penggunaan kad fizikal Lesen Memandu Malaysia (LMM) tidak diteruskan. Pembaharuan lesen memandu di dalam myKAD adalah sehingga 17 September 2018 sahaja dan tiada pembaharuan selepas daripada tarikh itu.

SUMBER:

Facebook JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI