Sebuah Keluarga Disamun Dan Dibunuh Di Kampung Shaari, Simpang Renggam Johor?

TULAR:
4625
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial satu rakaman suara yang mendakwa kononnya satu keluarga Melayu telah disamun dan dibunuh lelaki berbangsa India di Kampung Shaari, Simpang Renggam.

Gambar hiasan. Sumber: Whatsapp

SEBENARNYA:

Polis menafikan terdapat kes sebuah keluarga dibunuh seperti yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di Kampung Shaari, Simpang Renggam

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, dakwaan yang dibuat seorang lelaki melalui rakaman suara yang ditular ke aplikasi Whatsapp itu adalah tidak benar sama sekali.

Beliau berkata, “Melalui rakaman suara terbabit, kononnya satu keluarga Melayu telah disamun dan dibunuh lelaki berbangsa India di kampung terbabit.

“Namun, hasil pemeriksaan polis mendapati tiada kes pembunuhan seperti didakwa. Perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu boleh mengganggu ketenteraman dan mendatangkan ketakutan kepada orang awam.”

SUMBER:

Facebook PDRM

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI