Waspada Skim Penipuan Kerja Dari Rumah

TULAR:
796
Sumber gambar : PDRM

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan penipu skim kerja dari rumah yang menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Pelbagai lagi taktik dan modus operandi yang digunakan untuk memperdayakan mangsa.

Ciri-Ciri Skim Penipuan Kerja Dari Rumah

1. Anda perlu membuat pembayaran pendahuluan/yuran
2. Skop kerja yang terlalu mudah dan sempurna. Contohnya, Tidak memerlukan sebarang pengalaman. Kerja ikut masa sendiri. Pendapatan mingguan cecah lima angka.

Modus Operandi

1. Suspek menggunakan ‘fake account‘ sebelum membuat pengiklanan di group-group media sosial
2. Menggunakan alamat yang palsu atau tidak wujud. Contoh seperti pejabat-pejabat yang kosong bagi mengelakkan identiti mereka terdedah
3. Berurusan dengan individu dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan tiada nombor telefon rasmi pejabat
4. Suspek meminta alamat anda untuk pos dokumen berkaitan
5. Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos

Tips

1. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran ‘Too Good To Be True
2. Jangan sesekali melakukan transaksi atau pemindahan wang kepada mana-mana akaun orang yang tidak dikenali serta meragukan.

SUMBER:

Facebook PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI