
Menurut kenytaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL):
DBKL mengambil maklum berhubung satu hantaran yang tular di platform media sosial Threads berkaitan dakwaan kakitangan DBKL yang membuang sampah daripada kenderaan rasmi jabatan pada 21 Jun 2026.
DBKL memandang serius perkara tersebut dan telah mengambil tindakan segera dengan memanggil kakitangan tersebut bagi mendapatkan penjelasan serta menjalankan semakan berkaitan kejadian tersebut.
Susulan tindakan berkenaan, kakitangan terbabit telah dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 47(1)(e), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. DBKL sentiasa menekankan kepentingan integriti, disiplin dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja bagi menyampaikan perkhidmatan kepada warga kota .
DBKL tidak berkompromi terhadap sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej organisasi dan akan terus memastikan pematuhan terhadap peraturan serta tatakelola kerja diperkukuhkan dari semasa ke semasa.
SUMBER:






