
Menurut Rapid KL:
Rapid Rail mengesahkan insiden pada landasan di Stesen Chan Sow Lin berlaku akibat kerosakan pada suis landasan sehingga menyebabkan tren terbabit tidak dapat bergerak dan menjejaskan jadual perjalanan Laluan Ampang/Sri Petaling. Kerja-kerja baik pulih masih dijalankan.
Perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan seperti berikut:
1. Tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Pudu. (Kekerapan: 4 minit)
2. Tren perantara di antara Ampang dan Maluri di Platform 2. (Kekerapan: 6 minit)
3. Tren perantara di antara Maluri dan Chan Sow Lin di Platform 1B &2B. (Kekerapan: 8 minit)
4. Tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Bandar Tasik Selatan. (Kekerapan: 6 minit)
5. Tren perantara di antara Bandar Tasik Selatan dan Cheras di Platform 1.(Kekerapan: 8 minit)
6. Tren perantara di antara Cheras dan Pudu di Platform 1. (Kekerapan: 8 minit)
7. Bas perantara percuma di antara Hang Tuah ke Cheras dan Pandan Jaya. (Kekerapan 15-20 minit bergantung kepada keadaan trafik).
Penumpang juga disarankan untuk menggunakan laluan rel- rel alternatif yang lain untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.
SUMBER:






