Makluman: Status Kekosongan Luar Jangka Kerusi Dewan Rakyat Kawasan Parlimen P.104 Subang

TULAR:
6

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR):

Dimaklumkan bahawa pihak SPR telah menerima pemakluman daripada YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, bertarikh 11 Ogos 2026, berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat bagi Kawasan Parlimen P.104 Subang.

Berdasarkan pemakluman tersebut, kerusi Dewan Rakyat Kawasan Parlimen P.104 Subang disahkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

Selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

Sehubungan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.104 Subang tidak akan dijalankan.

SUMBER:

Facebook Rasmi SPR

Instagram Rasmi SPR


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI