Mangsa Banjir Dihalau Dari Pusat Pemindahan PLKN Etnobotani Gua Musang?

TULAR:
1045

PENJELASAN :

Pengerusi Jawatankuasa Ber­sa­ma Jawatankuasa Pasca Banjir negeri, Datuk Seri Mustapa Mo­hamed memperjelaskan dakwaan bahawa 127 keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani Gua Musang, diarahkan keluar selewat-lewatnya 31 Disember sepertimana yang hangat diperkatakan.

Gambar hiasan. Sumber: cukanipah.files.wordpress.com

Menurut Datuk Seri Mustapa Mo­hamed, berkata sebanyak 33 keluarga yang mendakwa ‘diusir’ oleh kerajaan Pusat dari Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani, Gua Musang bukanlah mangsa banjir sebaliknya mereka menumpang secara haram di pusat pe­min­dahan sementara tersebut. Setakat ini terdapat 127 keluarga tinggal di kem tersebut namun selepas semakan dibuat, hanya 94 keluarga adalah mangsa banjir yang layak menerima rumah kekal.

SUMBER :

Utusan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI