Pelaksanaan Pendaftaran Permit Masuk (VEP) Secara Online Bagi Kenderaan Asing Berkuatkuasa Pada 1 Mei 2018?

TULAR:
805

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya pelaksanaan bagi mewajibkan semua kenderaan asing yang memasuki negara Malaysia perlu mendaftar secara dalam talian (online) untuk Vehicle Entry Permit (VEP) berkuatkuasa pada 1 Mei 2018.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

Merujuk kepada isu tular mengenai pelaksanaan bagi mewajibkan semua kenderaan asing yang memasuki negara Malaysia perlu mendaftar secara online untuk Vehicle Entry Permit (VEP) berkuatkuasa pada 1 Mei 2018, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kenyataan ini.

Untuk pengetahuan semua, VEP masih lagi di peringkat ujian dan pengesahan sistem bagi memastikan kestabilan dan kesempurnaan sistem sebelum penguatkuasaan sepenuhnya dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, ingin ditegaskan bahawa pada masa ini tiada sekatan tanpa pendaftaran permit masuk atau VEP.

Justeru, JPJ menafikan kenyataan yang tular ini. Masyarakat dimohon agar tidak terpengaruh dan mempercayai sebarang dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebarang maklumat berkaitan penguatkuasaan sistem VEP ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sila layari https://vep.jpj.gov.my/#/about untuk maklumat lanjut.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI