Pemandu Yang Melanggar Lampu Isyarat Kuning Akan Dikenakan Mata Dimerit?

TULAR:
3321

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat rakaman suara seorang lelaki berkenaan mana-mana pemandu yang melanggar lampu isyarat kuning akan dikenakan mata dimerit dan juga pemasangan 400 kamera AwAS.

Gambar hiasan. Sumber: istockphoto.com

SEBENARNYA:

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan rakaman suara tersebut kerana dibawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), pengguna jalan raya hendaklah mematuhi lampu isyarat dan sekiranya gagal, pemandu boleh dikompaun tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih dari RM2,000.

JPJ juga ingin menegaskan bahawa buat masa ini, pemberian mata dimerit ini hanya akan diberikan kepada pemandu yang melakukan dua (2) jenis kesalahan jalan raya iaitu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan juga memandu melebihi had laju setelah pemandu membayar kompaun kesalahan tersebut.

Setakat ini, JPJ telah memasang 14 buah kamera AwAS sahaja di seluruh Semenanjung Malaysia dan akan menambah pemasangan kamera ini dari semasa ke semasa.

SUMBER: 

Facebook Rasmi JPJ

Astro Awani 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI