ECRL Di Sesi Pameran Awam Tiada Laluan Yang Telah Digugurkan?

TULAR:
419

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperjelaskan dakwaan bahawa skim kereta api bagi Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang menjalani sesi Pameran Awam merangkumi sektor projek yang telah sedia untuk dilaksanakan dan tiada laluan yang telah ‘digugurkan’.

Gambar hiasan. Sumber: Malay Mail

Menurut SPAD, selaras dengan Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta), sesi Pameran Awam ini telah dijalankan setelah skim kereta api yang telah dikemukakan oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. bagi Fasa 1 projek ECRL dari Terminal Bersepadu Gombak ke Wakaf Bharu yang merangkumi 600.3km telah menerima kelulusan bersyarat dari pihak SPAD.

Satu kajian kebolehlaksanaan yang terperinci sedang dijalankan bagi projek ECRL fasa 2 yang merangkumi laluan ITT Gombak ke Pelabuhan Klang. Apabila proses-proses yang sewajarnya selesai dijalankan, SPAD akan mengadakan sesi Pameran Awam berdasarkan skim kereta api yang telah diberikan kelulusan bersyarat seperti mana yang diwajibkan di bawah Akta.

SUMBER:

SPAD


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI