Satu Kesalahan Trafik, Dua Hukuman Adalah Tidak Berperlembagaan?

TULAR:
843

PENJELASAN :

Baru-baru ini berita tentang pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) telah menular di media sosial bahawa ianya adalah bertentangan dengan perlembagaan.

Ianya berikutan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan pesalah jalan raya bakal dikenakan dua hukuman serentak iaitu kompaun dan pemotongan mata demerit seperti yang dilaksanakan di bawah AWAS. Dengan ini, ia adalah suatu percanggahan terhadap prinsip undang-undang ‘double jeopardy’ yang mana prinsip ini adalah termaktub di dalam Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan.

Gambar hiasan. Sumber : Bernama

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 membolehkan pesalah jalan raya dikenakan dua hukuman serentak iaitu kompaun dan pemotongan mata demerit seperti yang dilaksanakan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

Sehubungan itu katanya, laporan dalam sebuah portal yang mendakwa Awas bertentangan dengan prinsip undang-undang atau ‘double jeopardy’ seperti mana yang termaktub dalam Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan, adalah tidak benar.

Katanya ‘double jeopardy’ yang dimaksudkan dalam laporan portal itu adalah mengenai dakwaan berganda di mahkamah atas kesalahan yang sama, sebaliknya di bawah sistem Awas, pesalah hanya akan dikenakan satu dakwaan sahaja.

SUMBER :

Berita Nasional RTM

Berita Harian

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI