Bomba Lambat Tiba Ke Lokasi Kebakaran Di Kota Bahru?

TULAR:
49

PALSU :

Terdapat dakwaan yang menular di media sosial bahawa pasukan bomba dan penyelamat telah lambat tiba ke lokasi hingga menyebabkan kemusnahan lapan buah rumah dalam kebakaran di Jalan Berek 12, Kota Bharu, Kelantan.

Sumber gambar : Sinar Harian


SEBENARNYA :

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menafikan agensi itu lambat tiba ke lokasi kejadian kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Jalan Berek 12 pada 17 April 2017. Pengarahnya Nazili Mahmood berkata malah, kecekapan 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Kota Darul Naim, Pasir Tumboh dan Tunjong dapat menyelamatkan lebih 40 rumah membabitkan nilai harta benda sebanyak RM2 juta di kawasan setinggan berkenaan.

Malahan, pihaknya tiba di kawasan kejadian hanya seminit selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.58 tengahari dan telah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI