
Menurut kenyataan Polis Klang Selatan:
Polis Klang Selatan mengesahkan satu kejadian yang rakaman videonya sedang tular di media sosial dimana sekumpulan lelaki mengikat dan menarik seekor anjing sambil dirayu oleh seorang perempuan untuk melepaskan anjing itu. Kejadian ini telah berlaku pada 29/07/2026 jam lebih kurang 10.50 malam, bertempat di hadapan sebuah rumah di taman teluk gedung indah, pelabuhan klang yang melibatkan operasi gotong-royong tangkapan anjing liar oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dibantu oleh penduduk taman tersebut. Selepas kejadian itu, anjing tersebut telah disahkan mati dan telah dihantar ke ibu pejabat jabatan veterinar selangor bagi tujuan bedah siasat.
Bahagian siasatan jenayah, IPD klang selatan telah membuka (1) kertas siasatan di bawah seksyen 428 kanun keseksaan atas kesalahan khianat dengan membunuh haiwan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai (3) tahun atau denda atau kedua-duanya.
Orang awam dinasihatkan supaya tidak menularkan video yang memaparkan kejadian ini di media sosial supaya tidak mendatangkan kegusaran kepada masyarkat setempat.
SUMBER:
Facebook Rasmi Polis Klang Selatan






