Kerjasama Antara Bank Rakyat Dan Kedai Emas Seri Semantan Adalah Tidak Benar

TULAR:
5

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Bank Rakyat:

Bank Rakyat ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang kerjasama rasmi antara Bank Rakyat dan Kedai Emas Seri Semantan bagi penawaran produk Pembiayaan Pajak Gadai-i.

Sehubungan dengan itu, sebarang hebahan, promosi atau perkongsian yang memberi gambaran bahawa wujudnya kerjasama rasmi antara kedua-dua pihak bagi produk tersebut adalah tidak tepat dan bukan dikeluarkan oleh Bank Rakyat.

Pelanggan dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan Bank Rakyat melalui saluran rasmi Bank Rakyat, atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Bank Rakyat yang berhampiran.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bank Rakyat


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI