Penjelasan Tentang Kekeliruan Pengumuman Pelaksanaan Pembayaran Insentif Pembajakan Kepada Pesawah

TULAR:
5

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM):

KPKM mengambil maklum laporan media semalam berhubung pelaksanaan pembayaran Insentif Pembajakan kepada pesawah pada kadar RM300 sehektar yang mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 19 Mei 2026.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, KPKM ingin menjelaskan bahawa pembayaran yang mula dilaksanakan pada 19 Mei 2026 adalah bayaran pendahuluan sebanyak RM200 sehektar secara one-off kepada pesawah yang layak, sebelum atau semasa kerja-kerja pembajakan dimulakan.

Manakala baki sebanyak RM100 sehektar akan dibayar selepas kerja pembajakan selesai dan disahkan oleh agensi berkaitan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan ini adalah selaras dengan siaran media KPKM bertarikh 7 Mei 2026, yang menjelaskan bahawa Insentif Pembajakan sebanyak RM300 sehektar akan dibayar dalam dua peringkat, iaitu RM200 sehektar sebagai bayaran pendahuluan dan baki RM100 sehektar selepas pengesahan kerja pembajakan selesai.

KPKM amat menghargai peranan media dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dan berharap penjelasan ini dapat membantu pelaporan yang lebih tepat dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan kepada pesawah serta orang awam.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI