
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN):
Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin memaklumkan bahawa gambar yang kembali tular
menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp, kononnya menunjukkan pegawai KDN membuat lawatan ke rumah bagi tujuan pengesahan kad pengenalan, adalah tidak benar.
Individu berkenaan bukan pegawai KDN atau mana-mana agensi bawahnya. Penularan maklumat palsu ini merupakan fitnah berulang yang pernah dinafikan sebelum ini.
Orang ramai dinasihati agar tidak mudah terpedaya, sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau berkongsi sebarang berita.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan, orang ramai boleh menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan pengesahan rasmi.
Artikel terdahulu:
SUMBER: