Profesor Anjung USM Menerangkan Berhubung Isu Bendera Terbalik?

TULAR:
2259

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya seorang Profesor Anjung dari Universiti Sains Malaysia (USM) ada menerangkan berhubung isu bendera terbalik.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan dari Universiti Sains Malaysia (USM):

Universiti Sains Malaysia maklum akan kewujudan sebuah artikel dalam laman blog yang tersebar menerusi media sosial baru-baru ini. Laman blog berkenaan memuatkan intipati temuramah bersama individu yan dikenali sebagai Profesor Rauf Lin yang dinyatakan bertugas sebagai Profesor Anjung di Universiti ini.

Pihak Universiti ingin menegaskan bahawa individu berkenaan tidak wujud di dalam rekod staf Universiti.

SUMBER:

Facebook Rasmi Universiti Sains Malaysia (USM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI