Tiada Pesakit Positif COVID-19 Ditempatkan Di Hotel First World, Saringan Dilakukan Oleh Jabatan Kesihatan

TULAR:
1409

SEBENARNYA:

Semua saringan Covid-19 di Genting Highlands dilakukan oleh Jabatan Kesihatan dan bukannya oleh pihak swasta seperti yang tular dalam media sosial.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, dakwaan berkenaan tidak benar malahan semua individu yang didapati positif dihantar ke pusat kuarantin ditetapkan dan bukannya ke Hotel First World seperti yang tular dalam media sosial.

“Mana-mana individu yang disahkan positif dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan ditetapkan manakala yang tidak positif diletakkan di Hotel First World.

“Jadi tidak timbul isu seperti yang ditularkan di media sosial pada masa ini yang menyatakan individu positif diletakkan di Hotel First World.”

SUMBER:

Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI