Waspada Panggilan Palsu Yang Mendakwa Daripada SPA Berhubung Urusan Tindakan Tatatertib

TULAR:
960

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA):

SPA menafikan membuat sebarang panggilan berhubung urusan tindakan tatatertib melalui telefon mahupun telefon bimbit kepada mana-mana individu atas alasan mempunyai tunggakan pinjaman daripada mana-mana agensi pinjaman.

Pihak SPA telah menerima aduan mengenai panggulan palsu yang dibuat oleh seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Unit Integriti SPA.

Individu ini memperdayakan mangsa untukan dikenakan tindakan tatatertib atas alasan mempunyai tunggakan pinjaman dari agensi pinjaman.

Individu ini telah meminta mangsa untuk menjelaskan bayaran tertunggak pinjaman sebelum tempoh tertentu. Wang tersebut perlu dimasukkan ke dalam akaun yang akan diberitahu kelak. Sekiranya mangsa gagal berbuat demikian, maka tindakan tatatertib akan diambil oleh SPA.

SUMBER:

Facebook Rasmi SPA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI