Waspada Panggilan Telefon Minta Nombor OTP Atau TAC

TULAR:
3446

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Taktik meminta nombor ‘One Time Passcode’ (OTP) atau ‘Transaction Authorisation Code’ (TAC) dengan alasan nombor telefon mangsa telah didaftarkan secara tidak senagaja di dalam aplikasi tertentu adalah salah satu bentuk penipuan jenayah siber.

Setelah mendapat nombor tersebut, sindiket jenayah akan menggodam maklumat perbankan milik mangsa seterusnya melakukan transaksi pemindahan wang ke akaun tertentu.

Anda dinasihatkan agar tidak berkongsi sebarang maklumat sensitif kepada individu yang tidak dikenali.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM
Twitter Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI