Tol Percuma Di Lebuhraya MEX Sempena Hari Kemerdekaan 2018?

TULAR:
883

PENJELASAN :

Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) memperjelaskan laporan bahawa pihaknya memberikan laluan percuma sempena Hari Kemerdekaan di Lebuhraya MEX bagi semua kelas kenderaan pada 31 Ogos ini, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

MAJU Expressway Sdn Bhd, pengendali Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menawarkan tol percuma bagi semua kelas pengguna lebuh raya itu untuk semua kelas kenderaan bermula jam 12 tengah malam 30 Ogos sehingga jam 11.59 malam pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Maju Expressway berkata, laluan tol percuma itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

“Laluan tol percuma ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 110,000 warga kota yang ingin menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di di Kuala Lumpur dan Putrajaya.”

SUMBER :

Sinar Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI