Ancaman Bom Di Bangunan Sri Pentas?

TULAR:
575
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat ancaman bom di Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Astro Awani

SEBENARNYA :

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din, bangunan Sri Pentas di Bandar dikosongkan susulan panggilan ancaman bom namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

Pihaknya menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan pada 10.12 malam daripada seorang lelaki.

Berikutan itu, sepasukan unit bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dikejarkan ke lokasi.

“Tindakan polis mengarahkan kesemua staf keluar dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan ditemui. Ini hanyalah panggilan palsu.”

SUMBER : 
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI