Warga Asing Yang Membeli Rumah Di Malaysia Akan Mendapat Status Penduduk Tetap ?

TULAR:
1141

PENJELASAN :

Pejabat Perdana Menteri (PMO) memperjelaskan dakwaan bahawa warga asing yang membeli rumah di Malaysia akan mendapat status penduduk tetap (PR) secara automatik sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), warga asing yang membeli rumah di negara ini tidak akan mendapat status penduduk tetap (PR) secara automatik.

Malaysia mempunyai syarat sedia ada bagi warga asing membeli rumah di negara ini.

Bagaimanapun, PMO berkata, warga asing yang ingin menjadikan Malaysia sebagai kediaman tetap boleh membuat permohonan menerusi program Malaysia My Second Home (MM2H).

SUMBER :
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI