Pelaburan LTAT Dalam AES Terancam Berikutan Pengambilalihan AES Oleh Kerajaan?

TULAR:
1132

PENJELASAN :

Kementerian Pengangkutan memperjelaskan dakwaan bahawa pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam AES terancam berikutan pengambilalihan Sistem Penguatkuasaan Autornatik (AES) oleh kerajaan, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut kenyataan rasmi dari Kementerian Pertahanan Malaysia:

Jemaah Menteri pada 14 Januari 2015 (Rabu) telah bersetuju supaya Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) / Automated Awareness Safety System (AwAS) daripada Syarikat Beta Tegap Sdn. Bhd. dan ATES Sdn. Bhd. Konsesi yang diuruskan oleh LTAT ini berkuatkuasa bermula pada 14 Januari 2015 sehingga 31 Ogos 2018.

Kerajaan pada 17 Ogos 2018 (Jumaat), telah memutuskan agar perjanjian konsesi AES / AwAS yang dikendalikan oleh LTAT ditamatkan mengikut tarikh luput kontrak. Pengoperasian, pembangunan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan Sistem AES / AwAS akan diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Memandangkan LTAT telah mengeluarkan sejumlah besar pelaburan dalam pelaksanaan AES / AwAS tersebut, Kerajaan bersetuju supaya perbincangan lanjut melibatkan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Jabatan Peguam Negara dengan LTAT diadakan bagi membincangkan isu-isu berbangkit susulan daripada keputusan tersebut meliputi aspek perundangan dan implikasi kewangan berdasarkan obligasi kontrak.

Oleh kerana pencarum-pencarum LTAT adalah daripada kalangan anggota Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa kepentingan pencarum LTAT akan tetap terpelihara berikutan penamatan kontrak ini.

Kementerian Perlahanan mengambil maklum polemik di kalangan netizen mengenai kewajaran LTAT terlibat dalam pelaburan projek AES / AwAS dan saranan agar siasatan temerinci dijalankan. Kementerian Pertahanan sentiasa terbuka terhadap sebarang siasatan oleh pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang isu tadbir urus (governans) berkaitan pelaburan LTAT ini.

 

SUMBER :

Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI