Waspada Dengan Sindiket Penipuan Tuntutan Saman PDRM

TULAR:
1603

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan sindiket yang kononnya membantu dalam menyelesaikan tuntutan / diskaun saman / kompaun trafik.

Sumber gambar: Facebook

Polis Diraja Malaysia tidak pernah melantik mana-mana ejen, syarikat atau mana-mana individu sebagai ‘orang tengah’ untuk menyelesaikan tuntutan / diskaun saman / kompaun trafik. 

Pihak PDRM telah mengesan beberapa sindiket dan menerima aduan awam mengenai kes tipu tuntutan saman.

Modus operandi yang digunakan oleh sindiket dengan memperdaya mangsa adalah menerusi panggilan panggilan telefon, iklan – iklan di media sosial dan tidak kurang juga yang datang memperkenalkan diri sebagai polis trafik.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI