Waspada Sindiket Penipuan Yang Menyamar Serta Menggunakan Gambar Datuk Bandar Johor Bahru Di Aplikasi Whatsapp

TULAR:
797

Menurut Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB):

Untuk perhatian warga bandar raya Johor Bahru, baru-baru ini terdapat sindiket penipuan (scammer) yang telah menyamar serta menggunakan gambar profail Datuk Bandar Johor Bahru di aplikasi Whatsapp bagi tujuan menghantar pesanan-pesanan kepada orang ramai bagi memohon sejumlah wang.

Sehubungan ini, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak terpedaya dengan akaun palsu tersebut yang merupakan taktik scammer bagi menipu dan mengelirukan orang ramai.

Sekiranya terdapat pesanan-pesanan yang mencurigakan, warga bandar raya boleh terus membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta menyemak status nombor telefon berkaitan di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM di semakmule.rmp.gov.my.

SUMBER:

Facebook Rasmi MBJB
Facebook Rasmi Datuk Bandar Johor Bahru


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI