ATM Pasang Kawat Berduri Di Sempadan Malaysia-Thailand ?

TULAR:
670

PENJELASAN :

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperjelaskan dakwaan tentang pemasangan pagar kawat berduri di beberapa kawasan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan terutama di Rantau Panjang dan Pasir Mas.

Gambar hiasan. Sumber: Pixabay

Menurut Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Fadzil Mokhtar, kawat berduri berkenaan dipasang oleh agensi keselamatan Thailand di beberapa kawasan di sempadan kerana sebab-sebab tertentu dan pihaknya tidak menerima sebarang arahan untuk mengambil tindakan yang sama.

Katanya lagi, “kita masih menjalankan tugasan kawalan sempadan seperti biasa dan tidak menerima apa-apa arahan untuk memasang kawat berduri di sempadan.”

SUMBER : 
Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI