KPWKM Menganjurkan Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu?

TULAR:
674

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menganjurkan ‘Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu’.

Sumber gambar: sinarharian.com.my

SEBENARNYA :

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensi di bawahnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu yang dihebahkan menerusi laman dan aplikasi media sosial ada berkaitan dengan Kementerian.

Kementerian kesal dengan tindakan penyalahgunaan nama, logo serta laman web Kementerian di dalam poster tersebut.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI