Dakwaan Jalan Pasar Pudu Dikenakan PKPD Adalah Tidak Benar

TULAR:
2569

SEBENARNYA:

Laporan mengatakan Jalan Pasar Pudu dan sekitarnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak benar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan tersebut hanya terlibat untuk kawalan secara pentadbiran.

“Seperti saya kata, ada keadaan tertentu yang kita hanya membuat kawalan secara pentadbiran. Belum lagi PKPD, total lockdown, iaitu tidak dibenarkan keluar masuk dan sebagainya.

“Mungkin kita letak kawalan tapi masih lagi mereka dibenarkan untuk membeli makanan dan sebagainya.

“Biasanya bagi penduduk di kawasan tersebut, kita buat saringan setiap individu yang ada di kawasan yang kita membuat kawalan tersebut.”

SUMBER:

Sinar Harian

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI