Dakwaan Terdapat Aktiviti Pelacuran Di Hotel Sahara, Muar Adalah Gambar Lama

TULAR:
4142

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Pada 15 Julai 2020 terkesan satu maklumat daripada Facebook yang mengatakan telah terima satu maklumat daripada orang awam yang mengatakan terdapat aktiviti pelacuran di Hotel Sahara, Jalan Haji Abu Bakar, Muar Johor.

Polis Johor sebelum ini telah membuat (3) serbuan ke atas premis ini iaitu pada 10 Jun 2018, 04 September 2018 dan 11 Julai 2019. Hasil serbuan ini telah berjaya menangkap seramai 19 individu yang terdiri daripada (2) perempuan cina, (5) perempuan india, (2) perempuan melayu, (2) perempuan warga Indonesia, (2) lelaki cina, (1) lelaki india dan (5) lelaki warga asing.

Kesemua individu ini telah disiasat dan didakwa dibawah undang-undang berikut:

Seksyen 372 A Kanun Keseksaan
Seksyen 372 B Kanun Keseksaan
Seksyen (6)(1)(c) IMG 1959/63

Dalam gambar viral tersebut terdapat beberapa orang dipercayai warganegara asing sedang berbaris dan berkumpul di hadapan hotel tersebut yang keadaan pintu grill tertutup. Gambar ini adalah gambar lama yang telah diviralkan kembali seolah-olah menunjukkan pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.

Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah IPD Muar telah membuat pemeriksaan ke atas premis tersebut hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut tutup dan sudah tidak beroperasi. Siasatan juga dilakukan dan mendapati hotel tersebut telah berhenti beroperasi semenjak bulan Mac 2020. Hasil siasatan juga mendapati kawasan tersebut adalah kawasan tumpuan warganegara asing berlepak, terutamanya pada hujung minggu kerana berdekatan dengan bank-bank dan kedai telefon bimbit.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI