Iklan Tawaran Lesen Memandu Tanpa Ujian Komputer/JPJ Adalah Tidak Benar Dan Tidak Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan Oleh JPJ

TULAR:
2678

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memandang serius isu tular yang disebarkan melalui media sosial baru-baru ini.

Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang iklan yang ditawarkan seperti Lesen Tanpa Ujian Komputer dan JPJ yang tular di media sosial.

JPJ ingin menegaskan bahawa sebarang urusan berkenaan Lesen Memandu Tanpa Ujian yang dikeluarkan oleh Runner.myeg adalah palsu dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh JPJ serta tidak sah.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI