Kejadian Culik Di Bukit Mertajam?

TULAR:
531

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kejadian culik di Bukit Mertajam. Dimana dikatakan, pemandu van terbabit melarikan diri dan meninggalkan van tersebut di hadapan pagar sekolah sebaik menyedari kehadiran polis.

Gambar hiasan. Sumber : dailyrakyat.com

SEBENARNYA :

Polis menafikan berlaku kejadian culik di sebuah sekolah di Bukit Mertajam selepas tersebar gambar sebuah kereta peronda polis (MPV) dan beberapa anggota mengepung sebuah van putih di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor menjelaskan sebenarnya anggota polis bersama MPV berada di kawasan sekolah itu kerana sedang menjalankan tugas omni presence dalam usaha membendung kegiatan jenayah.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati van putih itu setiap hari membawa murid sekolah di kawasan berkenaan sejak 15 tahun lepas dan identiti pemandu van telah pun dikenal pasti.

SUMBER :

Web rasmi Polis Diraja Malaysia

Berita Harian

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI