Makluman: Harga Petrol dan Diesel Turun Bagi 13 hingga 19 Ogos 2026

TULAR:
3

Menurut Kementerian Kewangan (MOF):

Harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi turun bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos 2026, susulan penurunan harga minyak dunia pada minggu lalu. RON97 turun 20 sen kepada RM4.15 seliter, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen kepada RM3.62 seliter, manakala diesel tanpa subsidi turun 10 sen kepada RM4.47 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, penurunan ini dipengaruhi oleh harga minyak mentah Brent yang jatuh di bawah AS$80 setong pada awal tempoh pengiraan APM. Namun, harga minyak dunia kembali meningkat menjelang penghujung minggu susulan kebimbangan terhadap perkembangan rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran serta ketidakpastian mengenai pembukaan semula Selat Hormuz.

Keadaan tersebut menyebabkan pasaran minyak dunia kekal tidak menentu dan harga petroleum dijangka terus mengalami turun naik dalam tempoh terdekat.

Bagi pengguna yang layak menerima subsidi bersasar, harga RON95 di bawah BUDI95 kekal RM1.99 seliter, manakala diesel di bawah BUDI Diesel kekal RM2.10 seliter. Kerajaan terus menanggung sebahagian besar kos subsidi bagi memastikan rakyat yang layak dilindungi daripada kenaikan harga pasaran.

Kerajaan MADANI turut menggalakkan rakyat menggunakan bahan api secara berhemah dengan merancang perjalanan, mengurangkan perjalanan yang tidak perlu dan mengamalkan penggunaan bahan api yang lebih cekap. Langkah ini dapat membantu mengurangkan perbelanjaan pengguna serta tekanan terhadap bekalan dan subsidi bahan api negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI