
Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Putrajaya:
JPWP ingin memaklumkan mengenai insiden kebakaran di stor Dewan Sekolah SMK Putrajaya Presint 14(1) pada Khamis.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden kebakaran ini. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kejadian ini.
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, telah mengadakan tinjauan ke lokasi kejadian dan mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100,000.00 untuk disalurkan segera bagi tujuan kerja pembersihan dan kerja-kerja awalan lain seperti penyambungan semula bekalan utiliti yang terjejas akibat kebakaran, pembaikan kecil di kawasan kebakaran dan bangunan berhampiran serta lain-lain kerja yang berkaitan.
Pihak JPWP Putrajaya telah mengambil tindakan segera untuk menutup kawasan terjejas serta kawasan berhampiran bagi memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan warga sekolah terpelihara.
SUMBER:






