Makluman: Mengenai Pelarasan Had Kelayakan BUDI MADANI RON95 dan BUDI MADANI Diesel

TULAR:
3

Menurut Kementerian Kewangan (MOF):

MOF memaklumkan bahawa had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI akan dinaikkan semula daripada 200 liter kepada 300 liter, berkuat kuasa 1 September 2026.

Pelarasan ini melibatkan penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), tertakluk kepada syarat kelayakan masing-masing.

Had Kelayakan Baharu

KategoriHad Kelayakan Mulai 1 September 2026
BUDI95300 liter sebulan
BUDI95 + BUDI Diesel300 liter sebulan
BUDI95 + BUDI Diesel + tambahan 100 liter400 liter sebulan

Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang memenuhi syarat, mereka boleh memohon tambahan kelayakan sebanyak 100 liter sebulan. Dengan tambahan tersebut, jumlah kelayakan bulanan boleh meningkat daripada 300 liter kepada 400 liter.

Pemilik pikap dan jip yang layak tetapi masih belum membuat permohonan tambahan boleh berbuat demikian melalui portal BUDI MADANI.

  • Seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter.
  • Lebih 700,000 pengguna pula layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter.
  • Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak, permohonan tambahan 100 liter sebulan turut disediakan.

Bagi pemilik pikap dan jip yang telah diluluskan tambahan 100 liter sebelum ini, kelayakan mereka akan diselaraskan secara automatik kepada 400 liter sebulan mulai 1 September 2026.

Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pelarasan had kelayakan ini mengambil kira:

  • Pengurusan bekalan yang semakin tersusun;
  • Penguatkuasaan yang lebih tegas;
  • Prestasi ekonomi negara yang kukuh;
  • Keupayaan kewangan Kerajaan;
  • Keperluan rakyat yang perlu melakukan perjalanan jauh untuk urusan harian; dan
  • Keperluan peniaga kecil yang bergantung kepada kenderaan untuk mencari rezeki.

Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI akan terus memastikan subsidi bahan api disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak, sambil memperkukuh usaha membendung ketirisan, penyeludupan dan penyalahgunaan.

Perubahan had kelayakan seperti ini boleh menjadi bahan yang mudah disalah tafsir atau dimanipulasi di media sosial.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI