
SEBENARNYA,
Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
JAKIM memberi penjelasan berhubung susulan tular di media sosial mengenai penglibatan peserta dari Malaysia dalam pertandingan Miss Equality World 2026 di Thailand.
Dalam kenyataan media bertarikh 1 September 2026, JAKIM menegaskan bahawa penglibatan tersebut adalah amat mendukacitakan serta telah menimbulkan keresahan awam.
Menurut JAKIM, perlakuan yang dikaitkan dengan penyertaan tersebut jelas bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia, di samping bercanggah dengan perundangan negara.
JAKIM bersama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri turut menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan apa-apa usaha untuk menormalisasikan perlakuan yang dianggap bertentangan dengan pendirian tersebut.
Berdasarkan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa, JAKIM akan bekerjasama dengan:
- Pihak berkuasa agama Islam negeri; dan
- Agensi-agensi berkaitan
SUMBER:






