
Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM):
Poster mengenai Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) yang sedang tular bukan diterbitkan atau dikeluarkan oleh JPM.
JPM turut memaklumkan bahawa poster tersebut mengandungi kesilapan fakta, iaitu memaparkan nama Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada bahagian tandatangan.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) adalah benar. Perkara tersebut telah diumumkan menerusi Kenyataan Media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 26 Jun 2026, yang memaklumkan bahawa pelaksanaan HBH sebagai norma baharu Perkhidmatan Awam akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.
Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat rasmi hanya melalui saluran komunikasi rasmi Kerajaan serta tidak menyebarkan poster yang mengandungi maklumat tidak tepat.
SUMBER:





