Penemuan Janin Manusia Di Tapak Pasar Malam Sungai Rambai?

TULAR:
501
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya janin manusia ditemui di tapak pasar malam Sungai Rambai, Jenjarom Selangor.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai penemuan patung getah menyerupai janin manusia di tapak pasar malam di Sungai Rambai, Jenjarom.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Suprintendan Azizan Tukiman, ia berikutan penularan gambar di media sosial yang memberi gambaran tidak tepat sekali gus mengaitkannya dengan unsur jenayah.

Beliau berkata, “Perbuatan seperti ini mengundang kegusaran di kalangan masyarakat dan dilihat sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu tanpa merujuk kepada pihak berkuasa khususnya polis.”

“Saya ingin tegaskan bahawa itu adalah patung getah, dan bukannya janin manusia. Malah, cecair yang menyerupai darah itu sebenarnya pewarna”.

Tegas beliau, “Individu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu,” katanya.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI