Seorang Wanita Yang Menyebabkan Kematian Empat Orang Anak Ditahan Di Bera, Pahang?

TULAR:
1335
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial sebuah klip video yang mendakwa kononnya seorang wanita ditahan di Kampung Baru Mengkuang, Bera kerana menyebabkan kematian empat anaknya.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Video tular di laman sosial mendakwa seorang wanita ditahan di Bera kerana menyebabkan kematian empat anaknya adalah tidak benar.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang,  Datuk Othman Nanyan , wanita itu sebenarnya ditahan di Kampung Baru Mengkuang, Bera pada 9 November 2018 berkait kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Polis Pahang menafikan kejadian yang ditularkan itu… tidak benar dan tidak wujud insiden sebegini (bunuh) di Bera. Bagaimanapun, tangkapan wanita itu memang berlaku dan dia sudah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh, pada 13 November 2018 serta sudah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman.”

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI