Tol Percuma Di Lebuhraya LATAR Pada 9 Mei 2018 Sempena PRU-14?

TULAR:
1139

PENJELASAN:

Pengarah Urusan Lebuhraya LATAR  memperjelaskan laporan bahawa pengguna lebuhraya LATAR pada 9 Mei 2018 akan menikmati perjalanan tol percuma.

Gambar Hiasan. Sumber : Facebook

Menurut Pengarah Urusan Lebuhraya LATAR , Datuk Mohamed Raffe Chekku, lebih 100,000 pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) bakal menikmati perjalanan tol percuma mulai jam 8 pagi hingga 5 petang pada 9 Mei 2018 sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Tawaran itu bagi membantu pengguna keluar mengundi pada hari berkenaan.

“Lebuhraya LATAR adalah pintu masuk bukan saja ke bandar kecil di pantai barat Semenanjung Malaysia tetapi juga ke perbandaran lain seperti Selayang, Rawang, Shah Alam, Sungai Buloh dan banyak lagi. Pasukan operasi kami sentiasa bersedia memantau pergerakan lalu lintas pada hari itu. Selain itu, laluan tambah nilai ‘Touch ‘n Go’ masih beroperasi 24 jam.”

Sumber:

Berita Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI