Video Individu Dipukul Kerana Enggan Tandatangan Penyerahan Tanah Adalah Video Kejadian Tahun 2019

TULAR:
6403

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor:

Pihak Polis Kontinjen Selangor mengesahkan kejadian ini telah berlaku pada 31/01/2019 dan laporan polis berkaitan kejadian ini telah diterima.

Pihak Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes ini dan suspek telah dituduh di Mahkamah serta dijatuhkan hukuman.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan memberi komen-komen negatif yang boleh mencetuskan suasana ketidakharmonian kepada pengguna media sosial lain.

Oleh itu, pihak pihak polis Selangor sekali lagi menegaskan bahawa, kejadian ini adalah kes lama yang telah ditularkan semula.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Selangor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI