Video Tular Kejadian Rompakan Berlaku Di Luar Negara, Bukan Di Puchong

TULAR:
4681

Menurut kenyataan media Polis Kontinjen Selangor:

Polis Kontinjen Selangor telah mengesan satu video klip berdurasi selama 1 minit 44 saat yang memaparkan kejadian tembak menembak melibatkan dua orang suspek yang dipercayai cuba melakukan samun di dalam sebuah premis. Kejadian ini telah ditularkan melalui platform media sosial dan didakwa berlaku di salah sebuah klinik di Puchong, Selangor.

Sehubungan itu, pihak Polis Kontinjen Selangor mengeluarkan kenyataan media, bagi memaklumkan kepada masyarakat bahawa dakwaan kejadian tersebut berlaku di Puchong, Selangor adalah tidak benar sama sekali dan merupakan berita palsu. Hasil semakan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku di luar negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Selangor

AWANI

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI