Wad Hospital Segamat Digunakan Bagi Menempatkan Pesakit COVID-19 Adalah Palsu

TULAR:
1293

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Pengarah Hospital Segamat, Dr Azhar bin Mohd Sali:

Hospital Segamat merupakan hospital yang telah diwartakan sebagai hospital saringan serta Hospital Non Covid dan tidak merawat kes COVID-19 untuk negeri Johor.

Pihak Hospital Segamat juga menafikan berkenaan penggunaan wad di hospital bagi menempatkan pesakit-pesakit COVID-19. Hal ini kerana hospital beroperasi seperti biasa dan menyediakan kemudahan perawatan kes bukan jangkitan COVID-19.

SUMBER:

Facebook Rasmi Hospital Segamat

Facebook Rasmi JKNJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI