Dakwaan Mesej Daripada Pegawai IPD Serdang Negeri Selangor Dan KL ‘Totally Lockdown’ Adalah Palsu

TULAR:
2335

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Ibu Pejabat Polis Serdang:

Ibu pejabat Polis Daerah Serdang telah mendapati satu mesej yang tular di daerah ini di Group WhatsApp yang menyatakan “Saya beritahu yang rapat-rapat, esok start 10 hari Totally Lock down macam Kluang nanti, beritahu yang rapat-rapat, beli barang sekarang, pesan kawan-kwan, keluarga dekat-dekat, Kuala Lumpur dan Selangor sahaja, kita dah Red Zone”. Mesej daripada PT (P/O) N22 IPD Serdang.

Ibu pejabat Serdang menafikan sekeras-kerasnya pernah mengeluarkan sebarang mesej atau kenyataan di atas.

SUMBER:

Facebook Rasmi IPD Serdang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI