Waspada Dengan Penipuan Melalui Penggunaan Fail APK

TULAR:
807

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):

PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengesan kewujudan modus operandi penipuan baharu melalui penggunaan fail Android Package Kit (APK) yang boleh mengakibatkan mangsa kehilangan wang daripada akaun bank mereka.

Berdasarkan siasatan, kesemua suspek yang ditahan beroperasi dengan mencipta akaun palsu di laman sembang (chatting) terkenal. Mangsa yang ingin berkenalan dengan lebih rapat kemudiannya ditawarkan untuk melihat gambar-gambar serta video mereka melalui aplikasi lain yang akan dihantar melalui fail APK. Mangsa juga dikehendaki untuk membuat pembelian token sebelum boleh mengakses aplikasi tersebut. Aplikasi yang berjaya dipasang akan mengakibatkan berlaku transaksi pengeluaran wang daripada akaun mangsa.

Sebagai langkah pencegahan, pihak polis menyeru orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan berikut:

  1. Jangan memuat turun dan memasang (install) fail APK yang dihantar terus ke telefon pintar oleh individu yang tidak dikenali.
  2. Elakkan memasang aplikasi APK daripada sumber tidak sah.
  3. Keselamatan sistem SMS pada telefon pintar hendaklah sentiasa dipelihara kerana ianya akan menerima SMS One Time Password (OTP) daripada pelbagai aplikasi di telefon pintar. Elakkan memasang aplikasi daripada sumber yang mencurigakan.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

Twitter Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI