Waspada E-mel Atau Mesej Yang Menggunakan Nama MCMC Bagi Tuntutan Hadiah Kononnya Daripada Syarikat Telekomunikasi

TULAR:
1363

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC ingin memaklumkan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi.

E-mel berkenaan yang kembali tular di media sosial antara lain mendakwa, hasil pemantauan yang dijalankan oleh Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati si mangsa yang ditujukan mesej berkenaan masih mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad, iaitu sebagai pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 di bawah skim TM Family Gift Bonus.

Sehubungan itu, orang ramai adalah digesa untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya. Elak daripada memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor akaun bank kepada individu yang tidak dikenali.

Pada masa yang sama, MCMC menegaskan sebarang penggunaan logo MCMC oleh mana-mana pihak tanpa mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya berkenaan adalah satu kesalahan.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI