Waspada E-mel Menang Hadiah Wang Tunai RM100,000 PETRONAS Mesra Bonanza Yang Kononnya Daripada PETRONAS

TULAR:
4336

Menurut PETRONAS:

Pihak PETRONAS mengambil maklum berkenaan penipuan yang melibatkan penyalahgunaan nama syarikat dan kempen, PETRONAS Mesra Bonanza, yang mendakwa kononnya penerima e-mel telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 daripada PETRONAS Mesra Bonanza 2021.

E-mel tersebut juga menyatakan kononnya ia telah mendapat kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC/SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengaburi bahawa ianya bukan satu penipuan.

Pihak PETRONAS menegaskan kepada orang ramai supaya mengabaikan penipuan sebegini dan menekankan bahawa pihak PETRONAS atau mana-mana anak syarikat mereka tidak terlibat/ tiada kaitan dengan promosi tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi PETRONAS

Instagram Rasmi PETRONAS


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI